Jumat, 07 Oktober 2016

5 PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL


1. Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae)  yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus. 

Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio. 

2.Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian. 

Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.


3.HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.


Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.

Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit. 

4.Hepatitis B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.


Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.

Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 - 100 kali ganda berbanding HIV.


5.Scabies

Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan. 



Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

new music

Disqus Shortname