mayat seorang gadis remaja ditemui dalam keadaan ngeri dan amat menyedihkan.Bukan sahaja dibunuh, namun kulitnya disiat-siat hingga pihak polis sendiri tidak dapat mengecam mayat mangsa.
Perbuatan terkutuk ini didakwa angkara bapa tirinya sendiri apabila mangsa dikatakan ingin mendedahkan gangguan seksual bapa tirinya selama ini.
Sebelum penemuan mayat gadis ini, Kassandra Bravo, 19, dilaporkan hilang oleh ibunya sejak awal bulan ini hingga notis kehilangannya turut disebarkan oleh pihak polis.
Malangnya, berita kehilangannya itu berakhir dengan penemuan mayatnya dalam sebuah parit berdekatan jalan raya di Las Cocinas, Mexico.